PEMBATALAN PAKEJ, PENARIKAN DIRI, PINDAAN ATAU PERUBAHAN NAMA PESERTA, TARIKH PENERBANGAN & JENIS PAKEJ

Pembatalan atau perubahan daripada pihak BK Travel Sdn.Bhd

  1. BK Travel Sdn.Bhd berhak membatalkan atau meminda perjalanan pakej tertakluk kepada terma & syarat serta perubahan dengan notis

  2. BK Travel Sdn.Bhd akan memberi tarikh atau pakej altenatif yang lebih baik atau setaraf kepada peserta

  3. Peserta akan diberikan hak untuk meneruskan atau membatalkan tarikh atau pakej altenatif yang diberikan

  4. Sekiranya peserta tidak bersetuju, BK Travel Sdn.Bhd akan membuat pemulangan penuh kepada pihak peserta

  5. Segala perubahan yang berlaku akan dimaklumkan melalui panggilan telefon atau secara bertulismelalui emel atau aplikasi “whatsapp”

Pembatalan & tarik diri daripada peserta:

  1. Segala jenis pembatalan yang dibuat oleh peserta wajib dilakukan secara bertulis dan diserahkan kepada pihak BK Travel Sdn.Bhd

  2. Segala pembatalan yang dibuat 45 hari bekerja sebelum tarikh berlepas, caj fi pentadbiran minimum sebanyak RM30.00 atau 2% dari pakej pelancongan (mengikut mana yang lebih tinggi) akan dikenakan setiap seorang

  3. Jika notis pembatalan diterima dalam tempoh 44 hari bekerja atau kurang, caj seperti jadualdi bawah akan diguna pakai:

PEMBATALAN DITERIMA

CAJ PEMBATALAN

22 – 24 hari bekerja sebelum tarikh berlepas

Perlucutan penuh deposit

15 – 21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas

35% dari harga pakej

8 – 14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas

50% dari harga pakej

3 – 7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas

75% dari harga pakej

2 hari bekerja atau kurang dari tarikh berlepas

100% dari harga pakej

Perubahan atau pindaan daripada pihak peserta:

  1. Segala perubahan atau pindaan yang di buat oleh peserta wajib dilakukan secara bertulis

  2. BK Travel Sdn.Bhd akan mengenakan caj fi pentadbiran sebanyak RM200.00 seorang untuk setiap pindaan atau perubahan yang dibuat

  3. Sekiranya peserta ingin membuat pindaan nama peserta selepas tiket penerbangan dibeli, peserta perlu membayar segala jenis penalti yang dikenakan oleh pihak penerbangandan caj fi Pentadbiran sebanyak RM200.00 juga akan dikenakan

  4. Sekiranya pembatalan dibuat kerana masalah yang tidak dapat dielakkan seperti sakit atau kes kematian.Dokumen yang berkaitan perlu dilampirkan bersama ketika pembatalan dibuat.

PEMULANGAN WANG 

  1. Sebarang pemulangan wang atau pengembalian wang bayaran pakej sama ada pembatalan dari peserta atau BK Travel Sdn.Bhd adalah tertakluk kepada pemulangan wang daripada pihak ketiga.

  1. Tempoh pemulanganwang adalah dari 2 minggu hingga satu (1) bulan dari tarikh pembatalan.

  1. Tiada pemulangan wang kepada peserta sekiranya peserta tidak menggunakan apa – apa aktiviti atau kelengkapan yang terkandung di dalam pakej.

  1. Pemulangan wang atau caj fi pentabiran yang dikenakan adalah tertakluk kepada budi bicara BK Travel Sdn.Bhd sekiranya pembatalan dibuat kerana masalah yang tidak dapat dielakkan seperti sakit atau kes kematian.